Gambar saya

Sabtu, 05 Maret 2011

9 tanda dia memang jodoh yang cocok untuk kamu

Berikut adalah 10 petanda yang
menunjukkan dia adalah jodoh
kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap
bersahaja dan tidak berlakon.
Cuba perhatikan cara dia
berpakaian, cara percakapan,
cara ketawa serta cara makan
dan minum. Adakah ia spontan
dan tidak dikawal ataupun
kelihatan pelik. Kalau ia nampak
kurang selesa dengan gayanya,
sah dia sedang berlakon.
Kadang-kadang, kita dapat
mengesan yang dia sedang
berlakon. Tetapi, apabila dia
tampil bersahaja dan tidak
dibuat-buat, maka dia adalah
calon hidup kita yang sesuai. Jika
tidak, dia mungkin bukan jodoh
kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu
bersamanya, tidak ada sedikit
pun perasaan bosan, jemu
ataupun tertekan pada diri kita.
Semakin hari semakin sayang
kepadanya. Kita sentiasa tenang,
gembira dan dia menjadi
pengubat kedukaan kita. Dia juga
merasainya. Rasa senang sekali
apabila bersama. Apabila
berjauhan, terasa sedikit tekanan
dan rasa ingin berjumpa
dengannya. Tidak kira siang
ataupun malam, ketiadaannya
terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah
kita lakukan, dia tidak ambil
peduli. Mungkin dia tahu
perpisahan dengan bekas
kekasihnya sebelum ini kita yang
mulakan. Dia juga tidak
mengambil kisah siapa kita
sebelum ini. Yang penting, siapa
kita sekarang. Biarpun dia tahu
yang kita pernah mempunyai
kekasih sebelumnya, dia tidak
ambil hati langsung. Yang dia
tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah
silamnya. Tidak perlu menyimpan
rahsia apabila dia sudah
bersedia menjadi pasangan
hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita
lakukan asalkan tidak menyalahi
hukum hakam agama. Sikap jujur
yang dipamerkan menarik hati
kita. Kejujuran bukan perkara
yang boleh dilakonkan. Kita
dapat mengesyaki sesuatu
apabila dia menipu kita. Selagi
kejujuran bertakhta di hatinya,
kebahagiaan menjadi milik kita.
Apabila berjauhan, kejujuran
menjadi faktor paling penting
bagi suatu hubungan. Apabila
dia tidak jujur, sukar baginya
mengelak daripada berlaku
curang kepada kita. Apabila dia
jujur, semakin hangat lagi
hubungan cinta kita. Kejujuran
yang disulami dengan kesetiaan
membuahkan percintaan yang
sejati. Jadi, dialah sebaik-baik
pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia
tersendiri. Adakalanya rahsia ini
perlu dikongsi supaya dapat
mengurangkan beban yang
ditanggung. Apabila kita
mempunyai rahsia dan ingin
memberitahu kekasih, adakah
rahsia kita selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat
saling percaya mempercayai
antara satu sama lain timbul dari
dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila
memberitahu rahsia-rahsia
kepada kekasihnya berbanding
rakan-rakan yang lain. Satu lagi,
kita tidak berahsia apa pun
kepadanya dan kita pasti rahsia
kita selamat. Bukti cinta sejati
adalah melalui kepercayaan dan
kejujuran. Bahagialah individu
yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan
hubungan cinta berjaya dan
kekal dalam jangka masa yang
panjang, kita dan dia perlu saling
bekerjasama melalui hidup ini.
Kita dan kekasih perlu memberi
kerjasama melakukan suatu
perkara sama ada perkara remeh
ataupun sukar. Segala kerja yang
dilakukan perlulah ikhlas bagi
membantu pasangan dan
meringankan tugas masing-
masing. Perkara paling penting,
kita dan dia dapat melalui semua
ini dengan melakukannya
bersama-sama. Kita dan dia juga
dapat melakukan semuanya
tanpa memerlukan orang lain
dan kita senang melakukannya
bersama. Ini penting kerana ia
mempengaruhi kehidupan kita
pada masa hadapan. Jika tiada
kerjasama, sukar bagi kita hidup
bersamanya. Ini kerana, kita yang
memikul beban tanggungjawab
seratus peratus. Bukankah ini
menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh,
dia mestilah memahami diri
pasangannya. Semasa kita sakit
dia bawa ke klinik. Semasa kita
berduka, dia menjadi penghibur.
Apabila kita mengalami
kesusahan, dia menjadi
pembantu. Di kala kita sedang
berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam
sebarang situasi. Tidak kira kita
sedang gembira ataupun
berduka, dia sentiasa ada untuk
kita. Dia juga bersedia
mengalami pasang surut dalam
percintaan. Kata orang, "lidah
sendiri lagikan tergigit", inikan
pula suami isteri'. Pepatah ini
juga sesuai bagi pasangan
kekasih. Apabila dia sentiasa
bersama kita melalui hidup ini di
kala suka dan duka, di saat
senang dan susah, dialah calon
yang sesuai menjadi pasangan
hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di
dunia ini. Tipulah jika ada orang
yang mengaku dia insan yang
sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki
kelemahan dan keburukan
tertentu. Bagi dia yang bersedia
menjadi teman hidup kita, dia
tidak terlalu menyimpan rahsia
kelemahannya dan bersedia
memberitahu kita. Sudah tentu
bukan senang untuk
memberitahu dan mengakui
kelemahan di hadapan
kekasihnya. Malah, dia tidak
segan mempamerkan
keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun
tidur ataupun sakit dan tidak
mandi dua hari, dia tidak
menghalang kita daripada
melawatnya.Apabila kita dan dia
saling menerima kelemahan dan
sifat buruk masing-masing,
memang ditakdirkan kita hidup
bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala,
manusia dikurniakan Allah deria
keenam yang dapat mengetahui
dan memahami perasaan
pasangannya. Dengan deria batin
ini juga kita dapat saling tahu
perasaan masing-masing. Kita
dan dia juga dapat membaca
fikiran antara satu sama lain dan
dapat menduga reaksi dan
tindakbalas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan
hidup kita, tanyalah sekali lagi.
Adakah dia ditakdirkan untuk
kita? Dengarlah kata hati dan
buatlah pilihan. Serahlah
segalanya pada ketentuan yang
maha berkuasa.

1 komentar: